Anggota Konvensyen Genosid

Penyertaan dalam Konvensyen Genosid
  Telah menandatangan dan meratifikasi
  Menyetujui dan mewarisi
  Menandatangan sahaja

Setakat Mei 2021[kemas kini], terdapat 152 negara anggota dalam Konvensyen Genosid—majoritinya negara-negara berdaulat—dengan yang terbaharunya Mauritius, pada 8 Julai 2019; satu negara, Republik Dominika, telah menandatangani tetapi tidak meratifikasikan perjanjian itu. Empat puluh empat negara tidak menandatangani mahupun meratifikasikan konvensyen itu.

Walaupun perwakilan Amerika Syarikat mempunyai peranan penting dalam merangka konvensyen itu, mereka bukan anggota sehinggalah tahun 1988—empat puluh tahun selepas ia dibuka untuk ditandatangani[13]—dan berbuat demikian pun dengan reservasi yang menghalang negara mereka dihukum jika ia pernah dituduh melakukan genosid.[14] Ia adalah kerana rakyat Amerika dahulu amat berjaga-jaga dengan mana-mana pihak berkuasa antarabangsa yang mungkin mengatasi undang-undang AS. Konvensyen itu diratifikasikan oleh AS kerana ia dikempenkan oleh Senator William Proxmire, yang berucap di Senat untuk menyokong perjanjian itu setiap hari Dewan Senat berhimpun antara 1967 dan 1986.[15]

Reservasi

Kekebalan daripada didakwa

Beberapa pihak bersetuju untuk meluluskan Konvensyen itu tetapi dengan syarat diberikan kekebalan daripada didakwa kerana genosid tanpa persetujuan kerajaan negara:[16][17]

Pihak yang membuat reservasi daripada didakwaCatatan
Bahrain
Bangladesh
China
India
MalaysiaDitentang oleh Belanda, United Kingdom
Maghribi
Myanmar
SingapuraDitentang oleh Belanda, United Kingdom
Emiriah Arab Bersatu
Amerika SyarikatDitentang oleh Denmark, Estonia, Finland, Greece, Ireland, Itali, Mexico, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, Turki dan United Kingdom
Venezuela
VietnamDitentang oleh United Kingdom
YamanDitentang oleh United Kingdom

Permohonan untuk wilayah bukan pemerintahan sendiri

Mana-mana Pihak Pejanji boleh pada bila-bila masa, melalui pemberitahuan yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, perluaskan pemakaian Konvensyen ini kepada semua atau mana-mana wilayah yang hubungan luar negerinya adalah tanggungjawab Pihak Pejanji.

— Konvensyen Mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid, Perkara 12[7]

Beberapa negara telah menentang perkara ini, memandangkan konvensyen itu secara automatik juga harus dipakai bagi Wilayah-wilayah Bukan Pemerintahan Sendiri:

  • Albania
  • Belarus
  • Bulgaria
  • Hungary
  • Mongolia
  • Myanmar
  • Poland
  • Romania
  • Persekutuan Rusia
  • Ukraine

Penentangan negara-negara ini kemudian ditentang oleh:

  • Australia
  • Belgium
  • Brazil
  • Ecuador
  • China
  • Belanda
  • Sri Lanka
  • United Kingdom

(Walau bagaimanapun, Australia membuat pemberitahuan sedemikian pada masa yang sama konvensyen itu diratifikasikan untuk Australia tanah besar, 8 Julai 1949, menyebabkan konvensyen itu terpakai juga untuk semua wilayah di bawah kawalan Australia secara serentak, seperti USSR dan lain-lain menuntut. Negara-negara kolonial Eropah amnya tidak membuat pemberitahuan sedemikian.)

Rujukan

WikiPedia: Konvensyen Genosid https://legal.un.org/avl/pdf/ha/cppcg/cppcg_ph_e.p... https://legal.un.org/avl/ha/cppcg/cppcg.html https://legal.un.org/avl/historicarchives.html https://undocs.org/en/A/RES/96(I) https://www.un.org/en/genocideprevention/genocide.... https://archive.org/details/specterofgenocid00robe https://archive.org/details/specterofgenocid00robe... https://books.google.com/books?id=29u-vt_KgGEC&q=g... https://books.google.com/books?id=oBpEVAY0SqQC&pg=... https://www.getty.edu/publications/pdfs/CulturalGe...